Etika Kerja
Secara khusus etika kerja adalah Adat atau kebiasaan seseorang yang membuat atau mendorong seseorang untuk secara pribadi bertanggung jawab terhadap pekerjaannya. Sering dikaitkan dengan karakter seseorang. Etika kerja dalam arti yang lebih kompleks yaitu panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya.
Etika kerja seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. dalam apa jua tindak tanduk. Keberkesanan prinsip etika kerja terletak pada individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etikakerja itu wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu sendiri.
Ciri-ciri yang dinyatakan berikut wajar dijadikan panduan yang dianggap sebagai teras "Etika Kerja Yang Professional", yaitu :
Cemerlang
Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Untuk mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan baik dalam semua keadaan.
Sikap Berinisiatif
Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti
Niat
Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya.
Bertanggungjawab Terhadap Masyarakat
Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tidak wajar mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan akibat pekerjaan tersebut kepada masyarakat dan alam sekitar.
Komited Terhadap Kerjaya.
Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan.
Jujur
Sifat jujur merupakan etika kerja yang sangat susah dilakukan oleh para pekerja saat ini. Untuk itu perlu dijunjung lagi karena memiliki pengaruh yang kuat terhadap kesuksesan yang ingin diperoleh.
sumber :
http://stefanusrahoyo.blogspot.com/2008/04/etika-kerja-dan-kode-etik-profesi-dalam.html
Sabtu, 21 Februari 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar